Wanisa




Tuala wanita wanisa NK 5701 ~ perlindungan terbaik bagi setiap wanita pada hari-hari tertentu, setiap bulan

Rangkaian produk TUALA WANITA WANISA adalah penemuan revolutioner yang memenuhi segala keperluan anda, sama ada semasa kedatangan haid mahupun hari-hari di antaranya. Dengan 6 lapisan perlindungan berkualiti hebat, ia membantu anda mengawal keadaan walaupun pada hari-hari dengan aliran yang merunsingkan. Potongannya direka agar terletak kemas mengikut bentuk tubuh anda serta memberikan perlindungan anti-kebocoran yang hebat. Ciri serap terus uniknya dengan lapisan penyerap pelbagai merupakan 'penyelamat' di hari-hari aliran yang tenat. Kedua-dua sayap berpelekatnya (Siang & Malam sahaja) dan pita pelekat yang kuat akan melekap mengikut lentur seluar dalam anda dan menetapkan TUALA WANITA WANISA pada kedudukannya.




Dengan jalur bio-perlindungan multi-tindakan termaju!

Lebih daripada itu, Jalur Bio-Perlindungan Multi-Tindakannya memberikan lebih banyak kebaikan untuk perlindungan dan penjagaan yang secukupnya. Jalur Bio-Perlindungan Multi-Tindakan ini diliputi serbuk Bioseramik termaju untuk memancarkan sinar inframerah jauh (FIR) dan ion negatif untuk kebaikan peningkat kesihatan. Jalur unik ini juga ditatahi agen anti-bakteria nano perak yang berkesan merencatkan pertumbuhan mikrob bagi menghalang jangkitan, keradangan, kegatalan dan bau busuk yang dikaitan dengan tempoh haid.



Dengan tiga jenis bungkusan - siang, malam dan pelapik!

Rangkaian TUALA WANITA WANISA didatangkan dalam 3 bungkusan mudah untuk menolong anda menghadapi hari-hari aliran haid anda: "Siang" untuk hari aliran biasa; "Malam" untuk hari aliran tenat atau untuk kegunaan di waktu malam dan "Pelapik" untuk hari aliran ringan atau untuk kegunaan harian. Rasai kesegaran dan keselesaan yang unggul, dapatkan perlindungan kebersihan maksimum dan bebaskan diri anda dari gangguan bulanan! Bertukarlah kepada seorang wanita yang yakin dan percaya-diri! Jadilah wanita berkuasa!

Ciri-ciri unik tuala wanita wanisa:-

  • Jalur Bio-Perlindungan Multi-Tindakan merangsang kesihatan dengan fungsi 4-dalam-1:

  • Fungsi Sinar Inframerah Jauh (FIR)

  • membantu menstimulasikan tisu, meningkatkan metabolisme, pengaliran darah serta mengetatkan otot.
  • Fungsi Ion Negatif

  • membantu meningkatkan sistem imun tubuh anda dan melaraskan hormon ke tahap normal
  • Fungsi Anti-bakteria

  • merencatkan pertumbuhan mikroorganisma sekitar kawasan faraj
  • Fungsi Penyahbauan

  • menyingkirkan bau busuk daripada bakteria penyebab bau



  • Kombinasi handalan lapisan berkualiti tinggi yang melindungi, memelihara dan menyelesakan.


  • Bentuk yang direka istimewa bagi membekalkan perlindungan maksimum dan melekat elok pada seluar dalam.


  • Tiga lapisan penyerap berkuasa hebat yang terdiri daripada 2 lapisan penyerap berliang dari bahan semula jadi yang menyokong penyebaran cecair dan memberikan keselesaan tambahan terhadap struktur ergonomi tuala wanita ini.


  • Sayap pelindung yang lebar pada kedua-dua sisi dikonturkan mengikut bentuk tubuh wanita untuk mencegah kebocoran tepi. Pelekat di bawah sayap membantu memastikan tuala wanita kemas di kedudukannya.


  • Sempadan pelindung anti-kebocoran yang menyeluruh melambatkan penghantaran cecair dari ruangan tengah ke sisi teras, dengan ini meminimumkan kejadian kebocoran dari setiap sisi tuala wanita.


  • Pita pelekat yang kuat bagi mencegah peralihan tuala wanita dan melawan daya gerakan yang dikenakan kepada tuala wanita.


  • 0 comments:

    Post a Comment