Kordial



Kordial ros squeezy - FB 3151

Kordial Ros Squeezy diperbuat daripada resipi tradisi keluarga yang menghidangkan rasa sirap ros yang manis semulajadi dengan aroma kelopak ros asli. Kordial Ros Squeezy ditambah dengan madu premium untuk menghasilkan rasa istimewa dan lazat apabila dicampur dengan air atau susu. Minuman enak penghilang dahaga ini pasti menjadi minuman yang sesuai untuk sebarang acara keramaian!
Price: RM16.60 (WM) RM17.60 (EM) *1000ml

Kordial mangga dengan pekatan jus squeezy - FB 3152

Kordial Mangga dengan Pekatan Jus Squeezy adalah pilihan terbaik buat penggemar mangga. Dihasilkan daripada puri mangga berkualiti tinggi dengan madu premium, ia meninggalkan rasa mangga asli yang menyegarkan selepas beberapa ketika menikmatinya. Kordial pekat dan lazat ini memberikan anda kepuasan minuman mangga yang tidak terhingga. Ditambah ais atau pun tidak, nikmati kehebatannya pada bila-bila masa, di mana jua.
Price: RM17.40 (WM) RM18.40 (EM) *1000ml

Kordial oren dengan pekatan jus squeezy - FB 3153

Meriahkan hari anda dengan minuman sitrus ini! Kordial Oren dengan Pekatan Jus Squeezy adalah minuman enak dengan rasanya yang pasti merangsang deria anda. Ianya mengandungi madu premium yang memberikan kemanisan mengiurkan, mudah disediakan dan boleh dinikmati pada sebarang acara. Jika inginkan kelainan, hasilkan minuman yang lebih lazat dengan mencampurkannya bersama minuman jus lain dan tambahkan beberapa keping hirisan oren!
Price: RM17.40 (WM) RM18.40 (EM) *1000ml

Kordial kurma dengan pekatan jus squeezy - FB 3154

Kordial Kurma dengan Pekatan Jus Squeezy pastinya minuman berperisa unik. Dihasilkan daripada buah kurma berkualiti terbaik dan ditambah pula madu premium, kordial buah yang lazat ini tentunya pilihan untuk apa jua majlis. Ia juga sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan kerana kandungannya bebas kolesterol! Rasa unik yang memberikan kepuasan ini amat digemari mereka yang tercari-cari keenakan luar biasa. Hiruplah minuman bercitarasa menyenangkan ini!
Price: RM31.50(WM) 32.50 (EM) *1000ml

Kordial buah kiwi dengan pekatan jus squeezy - FB 3155

Sedap, berkhasiat dan penuh kenikmatan! Kordial Kiwi dengan Pekatan Jus Squeezy adalah pilihan menyihatkan yang menyejukkan dan melegakan deria rasa anda. Mengandungi Vitamin C, ia adalah minuman kordial buah-buahan yang mengecurkan, apatah lagi ditambah madu premium bagi meningkatkan kelazatannya. Jika anda mengidamkan minuman yang manis dan lazat, jadikanlah Kordial Kiwi dengan Pekatan Jus Squeezy pilihan terbaik. Alami rasa yang melegakan lagi enak dengan kebaikan Vitamin C!
Price: RM32.80 (WM) RM33.80 (EM) *1000ml

Kordial limau nipis dengan pekatan jus squeezy - FB 3156

Rasa mengantuk atau keletihan? Kembalikan kesegaran diri dengan rasa Kordial Limau Nipis dengan Pekatan Jus Squeezy! Limau nipis mempunyai citarasa mengagumkan yang benar-benar merangsang deria dan menjadikannya minuman yang sesuai di kala anda perlu berehat dan menyegarkan diri. Campuran unik limau nipis terpilih dan madu premium untuk kemanisan rasa, Kordial Limau Nipis dengan Pekatan Jus Squeezy ternyata memberikan pengalaman minuman yang menyeronokkan.
Price: RM17.40 (WM) RM18.40 (EM) *1000ml

Kordial asam jawa dengan pekatan jus squeezy - FB 3158

Keunikan asam jawa terletak pada rasa 'masam-manis' yang enak. Dihasilkan daripada asam jawa berkualiti tinggi, citarasa lembut Kordial Asam Jawa dengan Pekatan Jus Squeezy menyajikan minuman penghilang dahaga yang menyegarkan dan enak serta sesuai diminum sebarang masa, setiap hari. Ditambah madu premium untuk memberikan lebih 'oomph', Kordial Asam Jawa dengan Pekatan Jus Squeezy adalah minuman ideal yang pasti berbeza!
Price: RM17.40 (WM) RM18.40 (EM) *1000ml

Kordial anggur hitam dengan pekatan jus squeezy - FB 3159

Nikmatilah kepuasan rasa yang hanya dapat diberikan oleh Kordial Anggur Hitam dengan Pekatan Jus Squeezy! Kordial buah-buahan menyelerakan dihasilkan daripada adunan pekatan jus anggur hitam berkualiti hebat dengan madu premium untuk minuman anggur hitam yang amat lazat! Kordial Anggur Hitam dengan Pekatan Jus Squeezy pasti memberikan kepuasan buat anda!
Price: RM17.40 (WM) RM18.40 (EM) *1000ml

0 comments:

Post a Comment