Penjagaan Diri




Ubat Gigi Smile On dengan Aloe Vera~PC 2315

- Jika ingin mencari ubat gigi yang ideal, Ubat Gigi SmileOn dengan Aloe Vera adalah pilihan tepat untuk penjagaan mulut yang sihat. Ubat Gigi SmileOn dengan Aloe Vera adalah ubat gigi yang dirumus khas yang membersih dengan lebih baik, mengekalkan gusi yang lebih sihat dan menjanjikan senyuman yang memikat sentiasa. Ekstrak Aloe Veranya memberikan kuasa pembersihan yang melegakan dan perlindungan fluorida SMFPnya mengekalkan gusi dan gigi yang sihat dan kuat, terhindar daripada tartar, plak dan gigi berlubang yang disebabkan oleh pemberusan gigi yang tidak sempurna atau penggunaan ubat gigi yang kurang berkemampuan.
Price: RM11.70 (WM) RM12.70 (EM) *tiub 250g


Pelapik Penjagaan Kaki Hinokoshiwa~PC 3111

- Pelapik Penjagaan Kaki Hinokoshiwa memberikan salah satu kaedah tradisional yang berkesan untuk memperbaiki kesihatan menyeluruh melalui penyahtoksik sistem limfa melalui tapak kaki. Penyahtoksik sedemikian telah diamalkan sejak sekian lama di Jepun dan Asia manakala penyelidik Jepun telah menyatukan beberapa bahan di dalam pelapik penjagaan kaki ini yang mempunyai keupayaan unik menstimulasi titik refleks dan hujung saraf pada tapak kaki bagi menawarkan peningkatan kesejahteraan tubuh.
Price: RM106.60 (WM) RM108.60 *10 keping sekotak

SET MANDIAN~

SET DOLPHIN


PC 3074-Syampu Perapi Rambut Botani Dolphin dengan Aloe Vera, Netel & Pro-vitamin B5

- Syampu yang sesuai untuk cucian harian yang lembut dengan sedikit perapian. Syampu Perapi Rambut Botani Dolphin dengan Aloe Vera, Netel dan Pro-Vitamin B5 adalah formulasi kaya buih dengan adunan ekstrak herba dan tumbuhan seperti Aloe Vera dan Netel bagi menambahkan kecantikan semula jadi kepada rambut anda. Syampu unik ini juga mengandungi pantenol atau Pro-vitamin B5 yang bertindak sebagai pelembap yang menembus ke dalam rambut untuk rambut yang sihat bersinar dan mudah diurus serta kulit kepala yang sihat.
Price: RM14.80 (WM) RM15.60 (EM) *botol 350ml

PC 3075-Syampu Perapi Rambut Botani Dolphin dengan Rosmari, Netel dan Pro-vitamin B5

- Syampu Perapi Rambut Botani Dolphin dengan Rosmari, Netel dan Pro-Vitamin B5 adalah syampu harian yang membantu melembutkan rambut. Dirumus dengan bahan botani penting yang menjaga kesihatan rambut seperti Rosmari dan Netel, syampu ini sesuai untuk penjagaan perapian rambut berkualiti menakjubkan - syampu perapi yang menyenangkan dengan Pantenol dan Aloe Vera yang diketahui bersifat melembapkan dan anti-keradangan. Melalui kombinasi rumusan semula jadi unik ini, Syampu Perapi Rambut Botani Dolphin dengan Rosmari, Netel dan Pro-Vitamin B5 melegakan kekeringan kulit kepala dan mengembalikan imbangan lembapan semula jadi rambut anda kepada kecantikan yang sihat bersinar. Pro-vitamin B5 atau Pantenol membantu memperbaiki rambut bercabang, menguatkan rambut serta menjadikannya kemas dan terurus.
Price: RM14.80 (WM) RM15.60 (EM) *botol 350ml

PC 3076-Syampu Pelembap Badan Aloe Vera Dolphin berasaskan Sabun

- Syampu pelembap badan yang melegakan dengan khasiat Aloe Vera yang kaya lembapan dan bersifat menyembuh, untuk membersihkan kulit sepersih-bersihnya secara halus. Syampu Pelembap Badan Aloe Vera Dolphin Berasaskan Sabun adalah syampu berasaskan sabun yang kaya buih dan berkesan melegakan dam melembapkan kulit untuk hasil yang menakjubkan. Ia kaya emolien, protein dan gel Aloe Vera, yang memberikan pelbagai kebaikan penyubur kulit untuk menjadikannya lembut dan halus dengan imbangan lembapan semula jadi. Gel Aloe Veranya menolong kulit menyimpan oksigen, menjadikannya bahan pembaharuan sel kulit yang berkesan bagi mengekalkan kesegaran kulit. Baunya yang menawan meninggalkan haruman yang menyegarkan pada kulit anda.
Price: RM19.80 (WM) RM20.60 (EM) *botol 500ml

SET ELTINA



PC 3311-Syampu Badan Eltina dengan Lemon,Ginseng & Vitamin E


- Syampu Badan Eltina Dengan Lemon, Ginseng & Vitamin E menghasilkan buih yang banyak untuk mandian dari hujung rambut ke hujung kaki, meninggalkan rasa kulit yang lembut, bersih dan segar. Bercirikan kompleks nutrien istimewa seperti Lemon, Ginseng dan Vitamin E, syampu badan premium ini memberikan rawatan hebat untuk mengekalkan kulit yang lembut, lembap dan dimanjakan.
Price: RM18.40 (WM) RM19.20 (EM) *botol 500ml

PC 3312-Syampu Rambut Eltina dengan Lemon, Ginseng & Vitamin E

- Syampu Rambut Eltina Dengan Lemon, Ginseng dan Vitamin E memberikan rawatan cucian rambut dan kulit kepala yang sungguh melegakan. Ia membersihkan dan merangsang kulit kepala dan rambut secara lembut sambil menambahkan nutrien penting yang diperolehi daripada Ekstrak Ginseng dan Vitamin E serta minyak pati semula jadi Lemon. Cucian harian memberikan pembersihan mendalam pada kulit kepala, menyingkirkan minyak dan kotoran yang melekat pada folikel rambut agar rambut kekal kuat, sihat dan subur. Ia menyingkirkan kekotoran, minyak dan bahan yang terbentuk daripada produk pengayaan rambut agar rambut bersinar, sihat dan mudah diurus. Ramuan aktifnya seperti Pantenol atau Pro-Vitamin B5 mencegah kerosakan rambut dan memberikan sinar dan keanjalan dari luar dan dalam liang rambut.
Price: RM16.50 (WM) RM17.30 (EM) *botol 350ml


PC 3313-Perapi Rambut Eltina dengan Lemon,Ginseng & Vitamin E

- Perapi Rambut Eltina Dengan Lemon, Ginseng dan Vitamin E adalah perapi harian hebat yang direka untuk merapi dan mencantikkan semua jenis rambut. Ia menawarkan perapi dengan haruman yang lembut memikat yang memberikan rambut yang lembut, licin, berkilat dan lebih mudah diurus. Perapi rambut yang sungguh berkesan ini membantu mencegah rambut bercabang dan kelemumur serta menyuburkan rambut. Penggunaan yang kerap menjadikan rambut tidak kusut serta bersinar berseri-seri. Bahan Ginsengnya memperelokkan rambut, membekalkan khasiat penting terhadap rambut sementara Lemon dan Vitamin E membekalkan kesegaran yang amat diperlukan untuk rambut yang sihat. Melangkah lebih bergaya dengan perapi rambut menakjubkan ini!
Price: RM17.30 (WM) RM18.10 (EM) *botol 350ml

PC 3314-Pemulih Rambut Eltina dengan Lemon

- Apabila rambut anda kelihatan kaku dan tidak berseri, tiba masanya untuk rawatan pemulihan rambut yang sebenar. Pulihkan rambut rosak dan kembalikan rambut anda yang lembut, sihat dan bersinar. Pemulih Rambut Eltina Dengan Lemon memberikan rawatan pemulihan rambut dengan memupuk bahan antioksida dan ekstrak Lemon yang melegakan bagi membantu pembaikian rambut. Rawatan berkuasa ini mengubah rambut anda yang rosak kepada rambut yang terurus, menjadikannya sihat dan lembut semula. Jangan biarkan rambut anda menjadi nipis, kusam dan rapuh. Miliki kembali rambut yang lebih cantik yang bersinar, ringan dan penuh tenaga!
Price: RM24.20 (WM) RM25.00 (EM) *botol 110ml

PC 3315-Krim Pelindung Kulit Eltina dengan Lemon, Ginseng & Vitamin E

- Krim Pelindung Kulit Eltina Dengan Lemon, Ginseng dan Vitamin E diperkayakan dengan ekstrak Lemon, Ginseng dan Vitamin E dan ia diformulasikan untuk melindungi kulit kering atau sensitif daripada kesan kerengsaan dan pendehidratan bahan kimia dalam produk penjagaan rumah. Formulasi istimewanya juga mengandungi ekstrak Lemon dan Ginseng serta pemulih kulit Vitamin E Asetat, bahan antioksida berkesan untuk pelindungan daripada sinar ultraungu.
Price: RM22.70 (WM) RM23.50 (EM) *botol 125ml

SET LAVITEEN



PC 3101-Syampu Badan Laviteen dengan Teh Hijau (Kulit Biasa)


- Syampu Badan Laviteen Dengan Teh Hijau Untuk Kulit Biasa direka khas untuk memberikan penyuburan yang menghidrat selain menggunakan kebaikan Ekstak Teh Hijau dan Buah Kiwi - bahan penting untuk memberikan pembersihan, pelembapan, penyuburan dan rawatan antioksida yang lembut dan berkesan agar kulit sentiasa bermaya, segar dan halus.
Price: RM19.50 (WM) RM20.30 (EM) *botol 500ml

PC 3102-Syampu Badan Laviteen dengan Teh Hijau (Kulit Kering)

- Syampu Pelembap Badan Laviteen Dengan Teh Hijau Untuk Kulit Kering ini lembut dan melegakan terhadap kulit yang kering. Ia dirumus khas untuk menjadikan kulit terasa dan berbau bersih lagi segar. Bukan sekadar membersih dengan berkesan, malah ia melembapkan kulit secara sempurna dan memberikan rasa lega, segar dan menawan. Ia memerangkap lembapan dan menyingkirkan kotoran permukaan secara lembut tanpa menghilangkan minyak semula jadi kulit.
Price: RM19.50 (WM) RM20.30 (EM) *botol 500ml

PC 3103-Syampu Jagaan Kulit Kepala Laviteen dengan Teh Hijau

- Syampu Jagaan Kulit Kepala Laviteen dengan Teh Hijau mengandungi Ekstrak Teh Hijau untuk menyubur dan memakan radikal bebas pada kulit kepala, meningkatkan aliran darah di kulit kepala dan memberikan ramuan yang menguatkan kutikel helaian rambut. Ia membantu meningkatkan kesihatan, kecantikan dan kilauan rambut serta kulit kepala. Syampu jagaan kulit kepala ini membersih rambut dengan adunan Teh Hijau dan Pro-vitamin B5 yang merapi, melembut dan menguatkan rambut serta melindunginya dari kerosakan akibat penggayaan rambut. Ia memberikan kesan menentang kelemumur tanpa mengikis helaian rambut mahupun mengganggu kulit kepala dengan mengekalkan minyak semula jadi kulit kepala.
Price: RM16.80 (WM) RM17.60 (EM) *botol 350ml

PC 3104-Cecair Penguat Rambut Laviteen dengan Teh Hijau

- Cecair Penguat Rambut Laviteen dengan Teh Hijau membentuk isipadu dengan sinar menakjubkan, mengawal setiap penggayaan tanpa menggumpal, melekit atau berkerak. Rambut yang kering dan rosak akan tumbuh semula dengan baik melalui penggunaan yang kerap, memberi kawalan dan kilauan serta melembapkan rambut sepanjang hari. Ekstrak Teh Hijaunya berkesan melawan radikal bebas dengan kebaikan antioksida yang menjadikan rambut bermaya
Price: RM17.00 (WM) RM17.70 (EM) *botol 250ml

PC 3105-Gel Rambut Laviteen dengan Ekstrak Teh Hijau

- Gel Rambut Laviteen dengan Teh Hijau dapat menguruskan rambut yang degil dan susah untuk dikawal. Penuh dengan kebaikan antioksida Teh Hijau, ia menjadikan rambut anda lembut dan kelihatan lurus selepas dikeringkan. Ia memberikan penggayaan tanpa kelihatan kaku atau melekit dengan Ekstrak Teh Hijaunya yang memberikan penggayaan berkesan tanpa mengeringkan atau menanggalkan minyak semula jadi rambut, sambil memberikan isipadu dan sinar. Gel rambut ini dapat dicuci dengan mudah tanpa sebarang sisa menjengkelkan yang membuatkan rambut kelihatan kusam dan tidak bermaya - semestinya gel penggaya rambut pilihan anda!
Price: RM18.20 (WM) RM18.90 (EM) *botol 125ml

0 comments:

Post a Comment