Untuk membuat tempahan sila klik kanan dan pilih "open link in new tab" pada link di bawah ini:
Order Form
Order Form
Labels: order form
Wanisa
| ||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||
|
Labels: Penjagaan Diri
B'young
B'young supreme gold - NT 2012 (90 Sachet x 19g)
Labels: nutrisi dan kesihatan
Bantal Saintifik - Contiago
Bantal Saintifik Contiago
Bangun tidur dengan keadaan tubuh dan minda yang segar dan cergas sepenuhnya! Bantal Saintifik Contiago memberikan kedudukan anatomi yang elok untuk melindungi kepala, tengkuk dan bahu; meningkatkan postur tidur anda; menghilangkan kesakitan di tengkuk dan mengurangkan dengkuran. Sokongan kontur ergonomi khasnya membantu menggalakkan aliran darah yang baik dan penjajaran tulang belakang yang elok bagi mengurangkan keresahan semasa tidur, yang akan menjejaskan kualiti tidur anda. Keseluruhan bantal ini dilitupi fabrik yang memberikan perlindungan anti-hama dan anti-mikrob yang memastikan perlindungan menyeluruh yang bersih buat penggunanya. Pembinaan bantal dengan teras berlapis ini serta tepinya berkontur unik memberikan ketahanan bentuk yang tetap walaupun digunakan dalam jangka masa yang lama. Dengan kombinasi fungsi-fungsi istimewa (Fungsi Batu Mineral Jed hanya tersedia pada Bantal Gred Super Deluxe), Bantal Saintifik Contiago memberikan anda bantal revolusioner yang membawa keselesaan hebat dan tidur mendamaikan yang anda inginkan!
Bantal saintifik contiago gred premium - PC 3113
Bantal saintifik contiago gred deluxe - PC 3112
Bantal saintifik contiago gred super deluxe - PC 3118
Labels: teknologi rumah
Bantal Peluk - Contiago
Bantal Peluk Saintifik Contiago
Labels: teknologi rumah
Lapik Tilam - Contiago
Lapik tilam terapiutik bio-ion contiago (king) - PC 3115
Lapik tilam terapiutik bio-ion contiago (queen) - PC 3116
Tidur yang baik menjelang malam tanpa sebarang gangguan adalah penting untuk kita semua, tidak kira muda atau tua, lelaki atau perempuan. Mendapat tidur merehatkan secukupnya di malam hari membolehkan kita bergiat lebih baik di siang hari. Sebaliknya, tidur terganggu membawa pelbagai masalah fizikal, mental dan psikologi, termasuk kelesuan berpanjangan, rasa mengantuk sepanjang hari, tidak mampu fokus atau memberi tumpuan kepada tugasan tertentu, tidak dapat membuat keputusan dengan baik, meningkatkan kerisauan dan kemarahan, serta perasaan tertekan. Pelbagai kajian penyelidikan menunjukkan bahawa kekurangan tidur juga menjadikan kita lebih lemah terhadap tekanan darah tinggi, obesiti dan kencing manis.
Lapik tilam terapiutik bio-ion contiago
Ciri-ciri istimewa produk contiago
Fungsi sinar inframerah jauh
-sinar Inframerah Jauh yang dihasilkan melalui fabrik yang dirawat khas dengan Bioseramik dan Batu Mineral Jed berkuasa untuk menggalakkan pertumbuhan dan kecergasan sel hidup pada tubuh manusia.
Fungsi bio-magnetik
-magnet-magnet Kekal berkuasa yang ditatah ke dalam busa poliuretana membantu meningkatkan penembusan mendalam ke dalam tisu yang akan memberi tubuh tenaga dengan lebih pantas dan lebih cekap bagi mekanisme pemulihan sendiri.
Fungsi terma
-kombinasi lapisan khas yang dilapisi dengan Elemen Pemanas Karbon Bertebat yang dapat menghasilkan haba terma yang semula jadi selamat dan penting bagi menggalakkan pengaliran darah dan peransang kecergasan sistem tubuh.
Fungsi batu mineral jed
-dapat memancarkan Ion Negatif, Sinar Inframerah Jauh serta tenaga 'hidup' penting yang dapat menolong meningkatkan fungsi biologi sel tubuh serta meningkatkan aliran darah.
Fungsi ion negatif
-ion Negatif yang dihasilkan oleh fabrik yang dirawat khas dan Batu Mineral Jed digelar "ion baik" atau "ion gembira" dan ion ini dipercayai dapat memberi tenaga kepada sel tubuh dan meningkatkan sistem imun tubuh.
Keselesaan tulen
-rekaan berkontur ergonominya yang hebat memberikan sokongan yang baik kepada kepala, tengkuk dan tulang belakang bagi mencegah anda mengalami kesakitan tengkuk di siang hari, dan pada masa yang sama, membantu anda tidur dengan lebih nyenyak di malam hari.
Fungsi anti-hama
-lapisan mewah fabrik Damask Jacquard dirawat dengan proses rawatan yang menjerihkan bagi memberikan fungsi perlindungan anti-hama yang unik dan berkesan, lantas memberikan anda perlindungan terbaik daripada kebanyakan jenis hama yang ada.
Lapik Tilam Terapiutik Bio-ion Contiago dilindungi Jaminan Produk selama 1 tahun supaya anda yakin menggunakan dan menikmati kebaikan produk unik ini.
Labels: teknologi rumah
Penapis Udara - Beyond Microplasma
Mungkin anda tidak mampu menentukan kualiti udara luaran...tetapi kini dengan Beyond Microplasma Air Purifier anda berpeluang memberikan diri anda dan yang tersayang kenikmatan udara dalaman yang lebih tulen, lebih segar dan lebih menyihatkan!
Kepentingan mengekalkan kualiti udara dalaman yang sihat
Beyond microplasma air purifier bertindak dengan penjana ion mikroplasma dan penapis-penapis pelbagai-tahap handalan untuk kesan penulenan udara pelbagai
Pusat produk penulenan udara canggih ini ialah Teknologi Ion Mikroplasma Beyond yang menggunakan penjana Ion Mikroplasma canggih, komplek dan terkawal secara mikro-komputer yang berterusan menjana aliran tetap Ion Hidrogen dan Oksigen dari molekul Oksigen dan air di dalam udara. Kombinasi ion khas ini mempunyai kualiti pembersihan dan pensterilan udara berkuasa.
Sistem penapisan udara pelbagai-tahap terdiri daripada 4 penapis termaju:
Tahap Pertama Penapisan Udara: Pra-penapis Boleh Cuci
-Lapisan pertama yang mengawal zarahan bersaiz besar.
-Memerangkap habuk dan zarahan kotor yang lebih besar.
-Tahan lama, berkesan dan boleh dicuci.
Tahap Kedua Pensterilan Udara: Penapis Nano Perak dengan Tindakan Pensterilan-Sendiri dan Titanium Dioksida
-Kemampuan terbukti untuk mensteril udara dengan menyahaktifkan dan menyingkirkan virus bawaan udara / bakteria bawaan udara / spora kulapuk.
-Dengan Titanium Dioksida: Digunakan secara meluas untuk membunuh bakteria dan menguraikan bahan organik.
-Tindakan pensterilan sendiri bagi mencegah pembiakan dalaman di antara bakteria / kulat / virus.
Tahap Ketiga Peneutralan Udara: Penapis Karbon Bergranul Teraktif
-Penyingkiran dan pengawalan bau: Mengandungi liang-mikro untuk menyingkirkan bau kuat.
-Berkesan terhadap zarahan bersaiz mikro dalam udara dan serangkaian besar bahan kimia bawaan udara.
Tahap Keempat Penstrerilan / Penapisan Udara: Penapis True-HEPA (High Efficiency Particulate Arrestance - Penyekat Zarahan Berkecekapan Tinggi)
-Berkecekapan menyekat zarah udara dengan berkesan pada kadar sehingga 99.97%.
-Penapisan mikro sekecil 0.3 mikron termasuklah: asap, habuk, debunga serta semua pencemar dan alergen bawaan udara yang melalui penapis.
Ciri-ciri unik beyond microplasma air purifier
-pengesan-bau pintar
-jangka hayat penapis udara lebih panjang
-pengoperasian senyap
-penggunaan elektrik rendah
-fungsi kawalan jauh
Beyond Microplasma Air Purifier mempunyai Alat Kawalan Jauh yang senang dikendalikan untuk pengoperasian dan kawalan mudah.
-penunjuk servis / penggantian penapis pintar
-ciri pengoperasian pintar dan menyeluruh
-ciri serba boleh, rekaan estatik
Jaminan produk beyond microplasma air purifier
Labels: teknologi rumah
Penapis Air - Beyond Water
Memandangkan pengambilan air yang menyihatkan dan bersih adalah keperluan penting demi kesihatan yang baik, dengan Beyond Water™ , kini anda mampu memperolehi sumber Air Hidup Semula Jadi di kediaman mahupun pejabat anda!
-rekaan badan baru yang canggih, tirus dan dipertingkatkan
-prestasi penapisan, penulenan, pengaktifan dan pemagnetan cemerlang
-proses pengisian pemadatan-getaran
-reka bentuk aliran air dari bawah ke atas mengurangkan Kadar Aliran air, lantas meningkatkan dan memaksimumkan masa sentuhan air dengan bahan penapis untuk menulen dan merawat air dengan lebih efektif.
-kebuk penapis lutsinar sepenuhnya
-servis dan penggantian bahagian-bahagian tulen
Labels: teknologi rumah
Nutrisi&Kesihatan
Susu tepung rendah lemak organik origrow - NT 2100
Susu Tepung Rendah Lemak Organik Origrow adalah pilihan rendah lemak yang kaya tenaga dengan vitamin, mineral dan kalsium serta disahkan bebas racun perosak, racun herba, hormon atau antibiotik. Suplemen makanan yang lazat dan ideal untuk semua golongan dewasa. Ia memberikan kebaikan nutrisi tanpa lemak berlebihan - pilihan hebat untuk kekal langsing dan untuk yang mementingkan pengekalan kesihatan optimum! Susu Tepung Rendah Lemak Organik Origrow mempunyai kandungan rendah lemak sebanyak 0.8% sahaja. Susu rendah lemaknya membekalkan banyak khasiat penting dengan hanya sebahagian lemak - ia menarik minat pengguna yang kian mementingkan kesihatan dengan memberikan susu organik rendah lemak yang lazat, yang disahkan 100% organik oleh AgriQuality - institut pengesahan organik premier New Zealand. Susu Tepung Rendah Lemak Organik Origrow telah diproses menurut Peraturan-peraturan Teknikal Pengeluaran Organik NZFSA (New Zealand Food Safety Authority - Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan New Zealand) dan telah lulus pemeriksaan, audit dan analisis ujian tahunan sebelum pengesahan organik diperolehi. Piawaian ini diperakui oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah sebagai setaraf dengan piawaian mereka.
Kebaikan khasiat utama Susu Tepung Rendah Lemak Organik Origrow:
-Formulasi segera
-Kandungan rendah lemak
-Tinggi kalsium
-Tinggi protein
-Mengandungi asid linolik penting
-Kaya vitamin dan mineral
-Sesuai untuk golongan dewasa
Price: RM68.00 (WM) RM71.00 (EM) *800g
Susu tepung penuh krim organik origrow - NT 2101
Susu tenusu adalah sumber protein dan kalsium yang menyihatkan dalam pemakanan manusia. Ia juga adalah sumber terbaik vitamin. Susu Tepung Penuh Krim Organik Origrow adalah bebas racun perosak, racun herba, hormon atau antibiotik dan ia berasal daripada salah sebuah ladang tenusu 100% organik di New Zealand. Ia dirumus khas untuk kanak-kanak berusia 12 bulan dan ke atas. Tepung susu premium ini membekalkan sumber yang kaya vitamin, mineral, protein dan khasiat lain untuk perkembangan fizikal dan mental penting. Kaya kalsium yang penting untuk pembentukan dan penyelenggaraan tulang dan gigi sihat, ia padat dengan tenaga yang diperlukan untuk aktiviti harian dan prestasi handalan. Susu Tepung Penuh Krim Organik Origrow bebas pencemar dan penuh dengan kebaikan semula jadi yang telah diproses menurut Peraturan-peraturan Teknikal Pengeluaran Organik NZFSA (New Zealand Food Safety Authority - Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan New Zealand) dan telah lulus pemeriksaan, audit dan analisis ujian tahunan sebelum pengesahan organik diperolehi - menjadikannya susu pilihan ideal untuk anak anda yang kian membesar!
Kebaikan khasiat utama Susu Tepung Penuh Krim Organik Origrow:
-Formulasi segera
-Kandungan penuh krim (lemak adalah penting untuk pembesaran kanak-kanak / bayi)
-Kaya protein, mengandungi asid linolik penting
-Kaya kalsium, mineral dan vitamin
-Perisa kaya berkrim
-Makanan tambahan yang ideal untuk bayi dan kanak-kanak berusia 12 bulan dan ke atas
Price: RM66.00 (WM) RM69.00 (EM) *800g
Fruktosa kristal asli homsweet - NT 2003
Fruktosa Kristal adalah pemanis yang dihasilkan daripada jagung yang mempunyai indeks glisemik rendah maka ia tidak menyebabkan kenaikan tahap gula dalam darah seperti mana gula biasa (sukrosa). Fruktosa Kristal diserap secara perlahan ke dalam tubuh dan menyebabkan peningkatan rendah gula dalam darah. Jenis gula lain seperti gula halus, organik atau sirap tebu boleh menyebabkan peningkatan mendadak gula dalam darah dan menyebabkan "keracunan insulin" bagi pengidap kencing manis. Penggunaan fruktosa juga membantu meningkatkan pengambilan kalori, memandangkan ia adalah dua kali lebih manis dari gula biasa, tetapi mempunyai ketumpatan kalori yang sama. Fruktosa Kristal Asli Homsweet adalah pemanis diperkuat semula jadi yang ideal untuk pengambilan harian dan boleh digunakan untuk memasak. Ia menawarkan pemanis semula jadi premium untuk meningkatkan rasa minuman, makanan dan masakan anda demi gaya hidup yang lebih sihat.
Price: RM21.70 (WM) RM22.70 (EM) *1kg
Fruktosa kristal dengan frukto-oligosakarida homsweet (pek sachet) - NT 2005
Fruktosa Kristal dengan Frukto-oligosakarida Homsweet dalam sachet ini menyediakan semua khasiat fruktosa semula jadi ditambah dengan Frukto-oligosakarida (FOS) untuk pengalaman kemanisan hebat. Disediakan di dalam sachet mudah, ia menawarkan kemudahan penggunaan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja serta memberikan kelebihan kesihatan yang penting berbanding gula biasa dan pemanis tiruan merbahaya yang lain. Fruktosa-oligosakarida (FOS) adalah karbohidrat yang wujud semula jadi yang menggalakkan lekatan nutrisi optimum daripada makanan yang diambil. Bakteria Bifido dan populasi bakteria baik yang lain di dalam usus, menyebabkan suplemen FOS membantu meningkatkan bioketersediaan kalsium, kolesterol direndahkan dan ketahanan glukosa yang dipertingkatkan. FOS juga membantu meningkatkan masa pengangkutan makanan di dalam usus yang membantu mengurangkan sembelit.
Price: RM24.40 (WM) RM25.40 (EM) *100sachet x 5g
Fruktosa kristal dengan frukto-oligosakarida homsweet - NT 2004
Fruktosa tidak meracun tahap gula dalam darah anda, sebaliknya ia diproses oleh hati dan disimpan sebagai glikogen. Apabila ini berlaku, hati akan mula menitiskan glukosa yang tersimpan ke dalam aliran darah bagi mengekalkan kestabilan tahap gula dalam darah. Fruktosa Kristal dengan Frukto-oligosakarida Homsweet ditambah dengan Frukto-oligosakarida (FOS) yang merupakan sebatian semula jadi tumbuhan dan mempunyai peranan penting di dalam kesihatan saluran pencernaan manusia. Apabila oligoskarida dimakan, bahagian yang tidak tercerna menjadi makanan kepada bakteria 'baik' seperti spesis bakteria Bifido dan Laktobasilus. Kajian klinikal menunjukkan FOS yang dikenali sebagai prebiotik boleh membantu meningkatkan bilangan bakteria baik ini di dalam kolon dan pada masa yang sama mengurangkan populasi bakteria merbahaya. Tubuh manusia bergantung kepada bakteria berfaedah bagi menghasilkan Vitamin B serta menghasilkan laktase dan bahan anti-bakteria lain.
Price: RM29.80 (WM) RM30.80 (EM) *1kg
Vitamin c zhubee - NT 3205
Vitamin C bertindak sebagai bahan antioksida dan membantu menentang antigen - bahan-bahan yang membawa penyakit kepada badan. Vitamin C juga diperlukan untuk fungsi-fungsi lain dalam tubuh seperti membantu mengekalkan tulang, gigi dan gusi yang sihat serta kesihatan keseluruhan badan. Satu sebab mengapa anda perlukan pengambilan tetap Vitamin C ialah kerana ia merupakan vitamin yang boleh larut dalam air. Ini bermakna, mana-mana Vitamin C yang tidak digunakan oleh tubuh anda disingkirkan setiap hari daripada tubuh anda melalui air kencing. Kerana itulah anda memerlukan makanan tambahan Vitamin C yang berkualiti seperti Vitamin C ZhuBee untuk mengekalkan paras Vitamin C yang diperlukan oleh tubuh anda. Ambillah Vitamin C ZhuBee setiap hari mengikut dos harian yang disyorkan atau seperti yang dinasihatkan oleh doktor anda dan nikmati kesihatan dan kecergasan yang lebih baik dengan produk yang dicipta khas untuk anda.
Price: RM20.90 (WM) RM21.50 (EM) *1 botol x 80 tablets
Minuman campuran ekstrak buah-buahan dan sayur-sayuran ISO.7
pakar antioksidan untuk "Lindung-Pulih" kesihatan anda!
Kebaikan ISO.7 :
-Membantu mencegah kesan penuaan awal.
-Membantu menggalakkan kesihatan kardiovaskular.
-Membantu merangsang fungsi otak dan ketajaman minda yang sihat.
-Membantu menggalakkan kesihatan penglihatan.
-Membantu mengekalkan tahap gula yang sihat di dalam darah.
-Membantu menggalakkan kesihatan saluran kencing.
-Membantu memelihara kulit yang sihat.
-Membantu meningkatkan sistem imun tubuh.
-Membantu mengekalkan fungsi sel yang sihat.
-Dapat menyumbang kepada kesihatan mulut.
-Bermanfaat terhadap fungsi penghadaman.
Price: RM238.00 (WM) RM245.00(EM) *30 sachet x 15g
Royalmix BD complex - NT 2006
Minuman berkhasiat yang lazat, berasaskan sayuran dan dirumus untuk pertumbuhan kanak-kanak, RoyalMix BD Complex mengandungi sekumpulan vitamin dan mineral penting yang membantu membina ketahanan semula jadi tubuh manusia. Ia adalah minuman serbuk berasaskan bijirin dan soya, yang mengandungi bijirin menyelerakan. Ia cepat dan mudah disediakan, memberikan pemakanan menyihatkan kepada kanak-kanak bagi menguatkan, mengaktifkan dan menyihatkan tubuh mereka. Pengambilan RoyalMix BD Complex secara tetap memberikan nutrisi penting kepada kanak-kanak termasuklah lecithin dan kalsium yang tinggi untuk mengawalaturkan, menyelenggarakan dan menguatkan kesihatan mereka serta menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan yang lebih baik. Sesuai diambil pada bila-bia masa, siang atau malam. Antara lain, RoyalMix BD Complex mengandungi lesitin soya, ekstrak kacang soya, germa gandum, madu, jeli raja, Vitamin C, Bifidus dan banyak nutrien penting lain.
Price: RM62.80 (WM) RM66.80 (EM) *30sachet x 28g
Royalmix KP complex - NT 2007
RoyalMix KP Complex untuk orang dewasa adalah minuman kacang soya berasaskan kalsium bernutrisi protein tinggi. Diformulasikan daripada kacang soya terpilih berkualiti tinggi dan aneka ramuan semula jadi penting. RoyalMix KP Complex adalah cara yang sedap lagi mudah untuk mendapatkan dos menyihatkan protein soya, frukto-oligosakarida, kalsium, fruktosa, bran beras, madu dan lesitin serta bermacam-macam nutrien lain bagi memberikan anda minuman bernutrisi istimewa yang meningkatkan kesejahteraan diri anda. RoyalMix KP Complex tidak mengandungi perisa tiruan, pengawet tiruan atau pewarna tiruan dan merupakan campuran bahan-bahan semula jadi sepenuhnya. Kandungan yang lebih tinggi kalsiumnya memberikan rangsangan yang sangat diperlukan untuk gigi dan tulang yang lebih kuat. Minuman unik ini juga memberikan rasa hebat yang menjadikannya minuman kegemaran setiap hari!
Price: RM75.20 (WM) RM79.20 (EM) *30sachet x 30g
Minuman serbuk jus daun gandum vegi-vera - NT 2010
Minuman Serbuk Jus Daun Gandum Vegi-Vera adalah minuman kesihatan yang popular. Ia adalah tambahan minuman yang lazat, berkhasiat dan menyihatkan untuk merangsang pemakanan harian anda. Jus Daun Gandum telah lama dikenalpasti mempunyai kuasa pemberi tenaga dan penyembuhan selain ia adalah pemakanan bernutrisi tinggi yang memberikan simpanan vitamin, mineral, klorofil dan enzim penting. Ia mengandungi kandungan protein yang tinggi serta asid amino penting dan tidak penting. Dikenali sebagai penyahtoksin yang hebat, Jus Daun Gandum juga mengandungi flavanoid, Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E dan mineral penting seperti besi, kalsium dan magnesium. Daun Gandum mempunyai kesan antibiotik, antioksida dan anti-keradangan. Minuman Serbuk Jus Daun Gandum Vegi-Vera tidak seperti produk Daun Gandum biasa kerana ia menawarkan nisbah kepekatan 33:1 sedangkan produk lain merupakan serbuk Daun Gandum kering dan bukannya serbuk Jus Daun Gandum yang mempunyai kualiti berkhasiat Daun Gandum sebenar. Minuman Serbuk Jus Daun Gandum Vegi-Vera mengekalkan kebanyakan daripada nilai nutrisi tingginya bagi memastikan produk berkepekatan konsisten yang memberikan perlindungan antioksida penting kepada tubuh yang membantu sel dan tisu tubuh. Nikmati minuman yang memuaskan dan penghilang dahaga ini untuk kelebihan khasiatnya!
Price: RM72.50 (WM) RM76.50 (EM) *30sachet x 8g
Labels: nutrisi dan kesihatan
Sabun Cucian
Serbuk pencuci ultra pekat xtra wash - HC 3001 (1 kg) / HC 3090 (3.3 kg)
Xtra Wash adalah sebatian pencuci pakaian yang hebat lagi menakjubkan dalam menanggalkan kesan dan bau yang degil pada pakaian anda, dan yang tinggal hanyalah pakaian putih yang lebih putih dan pakaian berwarna yang lebih menyerlah warnanya berbanding sebelumnya. Ia meresap jauh ke dalam serat dan menanggalkan kesan yang paling degil seperti kesan mentega, gris dan protein dari sisa makanan dengan berkesan dan cepat. Formulasi Xtra Wash yang baru dan dipertingkatkan memberikan pelbagai ciri-ciri handalan, menjadikannya pilihan Nombor Satu untuk pembersihan segala jenis cucian. Ia mengandungi Sodium Tripolifosfat iaitu bahan pembina berkuasa untuk melembutkan dan memperbaiki struktur fabrik, Peluntur Suria untuk meningkatkan keputihan fabrik, Oksigen Aktif dan Agen Bioaktif untuk kuasa tambahan untuk pembersihan dan penanggalan kesan degil, Bioenzim yang diformulasi khas serta Agen Pengasing bagi melembutkan air agar cucian menjadi lebih bersih. Formula bebas-bilasan membantu mengekalkan kecerahan pakaian dan mengurangkan sisa-sisa yang menjengkelkan. Dihasilkan dengan sifat anti-karat berkuasa, ia membantu mencegah pembentukan karat pada butang dan zip logam serta melindungi komponen dan paip logam mesin basuh. Apabila anda inginkan aktiviti mencuci pakaian yang menyeronokkan, pilihlah Xtra Wash!
Price: RM15.50 (WM) RM16.50 (EM) *1kg RM46.50 (WM) RM49.50 (EM) *3.3kg
Pencuci pelbagai guna pekat xtra multi - HC 3005
Geram dan bosan melihat kesan degil? Dapatkan Pencuci Pelbagai Guna Pekat Xtra Multi sekarang bagi melegakan kerungsingan anda! Xtra Multi dirumus khas bagi membantu anda menanggalkan kesan dan kotoran yang paling degil untuk pembersihan yang lebih berkesan dan lebih cekap. Xtra Multi dihasilkan teliti untuk digunakan pada kebanyakan permukaan di kediaman seperti lantai, ubin, tab mandi, peralatan dapur, dapur, tingkap, kaca, cermin, malahan pakaian! Agen aktif-permukaannya berkeupayaan menanggalkan secara efektif segala kesan seperti kotoran, habuk, minyak, gris, alat solekan dan kesan yang telah kering pada pakaian selain meninggalkan haruman Lavender dan Pokok Pain berterapi menyegarkan pada permukaan yang telah dicuci. Rumusan biodegredasinya adalah mesra alam dan selamat untuk semua kemasan selain ianya lembut pada tangan. Xtra Multi benar-benar pilihan tepat yang meninggalkan barangan dan permukaan di kediaman anda kelihatan baru dan bersinar kembali!
Price: RM14.90 (WM) RM15.90 (EM) *1litre
Pembersih lantai xtra shine - HC 3004
Menjadikan lantai ubin, marmar, terazo dan kayukeras di kediaman anda kelihatan baru dengan Xtra Shine - pembersih lantai profesional handalan untuk kediaman anda! Xtra Shine direka khas untuk menanggalkan kotoran dan gris pada lantai tanpa meninggalkan sebarang sisa yang tidak menyenangkan. Diformulasikan khas untuk membantu mengekalkan keindahan asli lantai ubin, terazo, marmar dan vinil. Xtra Shine bagus untuk pembersihan cepat dan mudah dengan hasil menakjubkan yang tidak ditawarkan oleh pembersih lantai lain. Ia mempunyai formulasi kepekatan tambahan dengan rumusan berkuasa dan berkesan bagi memberikan keupayaan menanggalkan kotoran dan sisa dengan berkesan - memberikan keberkesanan pembersihan hebat dan hasil yang harum menawan!
Price: RM14.5 (WM) RM15.5 (EM) *1litre
Pembersih ubin xtra glow - HC 3003
Xtra Glow hebat menanggalkan daki dan kotoran, sisa sabun dan kesan degil pada ubin, besen, mangkuk tandas, pancuran, pintu, sinki dan lain-lain - mencuci dengan berkesan dan mudah tanpa mengasarkan kulit tangan anda. Hanya sapukan dan lapkan pembersih pada sisa sabun, kesan air, karat, deposit mineral dan kulat pada permukaan ubin bagi pembersihan yang menakjubkan lagi berkilat. Xtra Glow mengandungi kesan antiseptik berkuasa untuk pembersihan yang kekal lama, yang bebas kuman merbahaya dan memenuhi keperluan untuk membersihkan kotoran berat dan menanggalkan kesan degil dengan penuh berkuasa. Lihatlah bagaimana ubin anda yang kotor dan kusam kembali kepada sinar, warna dan kesegaran semula jadinya hanya dengan menyapu dan mengelap. Ditambah dengan wangian yang memberikan rasa menyenangkan pada permukaan yang dibersihkan, ia adalah pembersih berkuasa yang meringankan bebanan tugas!
Price: RM13.30 (WM) RM14.30 (EM) *1litre
Cecair pencuci pinggan mangkuk xtra clean - HC 3002
Kini Xtra Clean menjadi bertambah hebat lagi! Xtra Clean adalah cecair pencuci pinggan mangkuk berkualiti yang tiada tandingannya, buat mereka yang inginkan hanya yang terbaik. Didatangkan dengan ciri-ciri tambahan untuk rangkaian pembersihan yang menyeluruh dan berkesan serta kesan antiseptik dan antimikrob yang penting untuk menyahjangkit dan menjauhkan ancaman kuman patogenik, bakteria, kulapuk dan yis daripada terbentuk pada pinggan mangkuk dan peralatan dapur lain. Xtra Clean membawa kebersihan pinggan mangkuk ke tahap yang baru. Dengan mudah, ia dapat menangani kotoran degil pada pinggan mangkuk, gelas dan barangan perak bagi memastikan segala peralatan dapur anda bersih dan bersinar-sinar! Ia mengandungi Agen-Aktif Permukaan berkuasa untuk kuasa penanggalan sisa berkesan yang mencuci kotoran, minyak dan kesan degil pada barangan memasak dan pinggan mangkuk secara berkesan. Diformulasikan dengan haruman lemon yang menyegarkan menjadikan tugas mencuci pinggan mangkuk menjadi begitu menyenangkan dan menenangkan.
Price: RM14.30 (WM) RM15.30 (EM) *1litre
Labels: penjagaan rumah