Nutrisi&Kesihatan




Susu tepung rendah lemak organik origrow - NT 2100

Susu Tepung Rendah Lemak Organik Origrow adalah pilihan rendah lemak yang kaya tenaga dengan vitamin, mineral dan kalsium serta disahkan bebas racun perosak, racun herba, hormon atau antibiotik. Suplemen makanan yang lazat dan ideal untuk semua golongan dewasa. Ia memberikan kebaikan nutrisi tanpa lemak berlebihan - pilihan hebat untuk kekal langsing dan untuk yang mementingkan pengekalan kesihatan optimum! Susu Tepung Rendah Lemak Organik Origrow mempunyai kandungan rendah lemak sebanyak 0.8% sahaja. Susu rendah lemaknya membekalkan banyak khasiat penting dengan hanya sebahagian lemak - ia menarik minat pengguna yang kian mementingkan kesihatan dengan memberikan susu organik rendah lemak yang lazat, yang disahkan 100% organik oleh AgriQuality - institut pengesahan organik premier New Zealand. Susu Tepung Rendah Lemak Organik Origrow telah diproses menurut Peraturan-peraturan Teknikal Pengeluaran Organik NZFSA (New Zealand Food Safety Authority - Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan New Zealand) dan telah lulus pemeriksaan, audit dan analisis ujian tahunan sebelum pengesahan organik diperolehi. Piawaian ini diperakui oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah sebagai setaraf dengan piawaian mereka.

Kebaikan khasiat utama Susu Tepung Rendah Lemak Organik Origrow:

-Formulasi segera
-Kandungan rendah lemak
-Tinggi kalsium
-Tinggi protein
-Mengandungi asid linolik penting
-Kaya vitamin dan mineral
-Sesuai untuk golongan dewasa
Price: RM68.00 (WM) RM71.00 (EM) *800g



Susu tepung penuh krim organik origrow - NT 2101

Susu tenusu adalah sumber protein dan kalsium yang menyihatkan dalam pemakanan manusia. Ia juga adalah sumber terbaik vitamin. Susu Tepung Penuh Krim Organik Origrow adalah bebas racun perosak, racun herba, hormon atau antibiotik dan ia berasal daripada salah sebuah ladang tenusu 100% organik di New Zealand. Ia dirumus khas untuk kanak-kanak berusia 12 bulan dan ke atas. Tepung susu premium ini membekalkan sumber yang kaya vitamin, mineral, protein dan khasiat lain untuk perkembangan fizikal dan mental penting. Kaya kalsium yang penting untuk pembentukan dan penyelenggaraan tulang dan gigi sihat, ia padat dengan tenaga yang diperlukan untuk aktiviti harian dan prestasi handalan. Susu Tepung Penuh Krim Organik Origrow bebas pencemar dan penuh dengan kebaikan semula jadi yang telah diproses menurut Peraturan-peraturan Teknikal Pengeluaran Organik NZFSA (New Zealand Food Safety Authority - Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan New Zealand) dan telah lulus pemeriksaan, audit dan analisis ujian tahunan sebelum pengesahan organik diperolehi - menjadikannya susu pilihan ideal untuk anak anda yang kian membesar!

Kebaikan khasiat utama Susu Tepung Penuh Krim Organik Origrow:

-Formulasi segera
-Kandungan penuh krim (lemak adalah penting untuk pembesaran kanak-kanak / bayi)
-Kaya protein, mengandungi asid linolik penting
-Kaya kalsium, mineral dan vitamin
-Perisa kaya berkrim
-Makanan tambahan yang ideal untuk bayi dan kanak-kanak berusia 12 bulan dan ke atas
Price: RM66.00 (WM) RM69.00 (EM) *800g


Fruktosa kristal asli homsweet - NT 2003

Fruktosa Kristal adalah pemanis yang dihasilkan daripada jagung yang mempunyai indeks glisemik rendah maka ia tidak menyebabkan kenaikan tahap gula dalam darah seperti mana gula biasa (sukrosa). Fruktosa Kristal diserap secara perlahan ke dalam tubuh dan menyebabkan peningkatan rendah gula dalam darah. Jenis gula lain seperti gula halus, organik atau sirap tebu boleh menyebabkan peningkatan mendadak gula dalam darah dan menyebabkan "keracunan insulin" bagi pengidap kencing manis. Penggunaan fruktosa juga membantu meningkatkan pengambilan kalori, memandangkan ia adalah dua kali lebih manis dari gula biasa, tetapi mempunyai ketumpatan kalori yang sama. Fruktosa Kristal Asli Homsweet adalah pemanis diperkuat semula jadi yang ideal untuk pengambilan harian dan boleh digunakan untuk memasak. Ia menawarkan pemanis semula jadi premium untuk meningkatkan rasa minuman, makanan dan masakan anda demi gaya hidup yang lebih sihat.
Price: RM21.70 (WM) RM22.70 (EM) *1kg


Fruktosa kristal dengan frukto-oligosakarida homsweet (pek sachet) - NT 2005

Fruktosa Kristal dengan Frukto-oligosakarida Homsweet dalam sachet ini menyediakan semua khasiat fruktosa semula jadi ditambah dengan Frukto-oligosakarida (FOS) untuk pengalaman kemanisan hebat. Disediakan di dalam sachet mudah, ia menawarkan kemudahan penggunaan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja serta memberikan kelebihan kesihatan yang penting berbanding gula biasa dan pemanis tiruan merbahaya yang lain. Fruktosa-oligosakarida (FOS) adalah karbohidrat yang wujud semula jadi yang menggalakkan lekatan nutrisi optimum daripada makanan yang diambil. Bakteria Bifido dan populasi bakteria baik yang lain di dalam usus, menyebabkan suplemen FOS membantu meningkatkan bioketersediaan kalsium, kolesterol direndahkan dan ketahanan glukosa yang dipertingkatkan. FOS juga membantu meningkatkan masa pengangkutan makanan di dalam usus yang membantu mengurangkan sembelit.
Price: RM24.40 (WM) RM25.40 (EM) *100sachet x 5g


Fruktosa kristal dengan frukto-oligosakarida homsweet - NT 2004

Fruktosa tidak meracun tahap gula dalam darah anda, sebaliknya ia diproses oleh hati dan disimpan sebagai glikogen. Apabila ini berlaku, hati akan mula menitiskan glukosa yang tersimpan ke dalam aliran darah bagi mengekalkan kestabilan tahap gula dalam darah. Fruktosa Kristal dengan Frukto-oligosakarida Homsweet ditambah dengan Frukto-oligosakarida (FOS) yang merupakan sebatian semula jadi tumbuhan dan mempunyai peranan penting di dalam kesihatan saluran pencernaan manusia. Apabila oligoskarida dimakan, bahagian yang tidak tercerna menjadi makanan kepada bakteria 'baik' seperti spesis bakteria Bifido dan Laktobasilus. Kajian klinikal menunjukkan FOS yang dikenali sebagai prebiotik boleh membantu meningkatkan bilangan bakteria baik ini di dalam kolon dan pada masa yang sama mengurangkan populasi bakteria merbahaya. Tubuh manusia bergantung kepada bakteria berfaedah bagi menghasilkan Vitamin B serta menghasilkan laktase dan bahan anti-bakteria lain.
Price: RM29.80 (WM) RM30.80 (EM) *1kg


Vitamin c zhubee - NT 3205

Vitamin C bertindak sebagai bahan antioksida dan membantu menentang antigen - bahan-bahan yang membawa penyakit kepada badan. Vitamin C juga diperlukan untuk fungsi-fungsi lain dalam tubuh seperti membantu mengekalkan tulang, gigi dan gusi yang sihat serta kesihatan keseluruhan badan. Satu sebab mengapa anda perlukan pengambilan tetap Vitamin C ialah kerana ia merupakan vitamin yang boleh larut dalam air. Ini bermakna, mana-mana Vitamin C yang tidak digunakan oleh tubuh anda disingkirkan setiap hari daripada tubuh anda melalui air kencing. Kerana itulah anda memerlukan makanan tambahan Vitamin C yang berkualiti seperti Vitamin C ZhuBee untuk mengekalkan paras Vitamin C yang diperlukan oleh tubuh anda. Ambillah Vitamin C ZhuBee setiap hari mengikut dos harian yang disyorkan atau seperti yang dinasihatkan oleh doktor anda dan nikmati kesihatan dan kecergasan yang lebih baik dengan produk yang dicipta khas untuk anda.
Price: RM20.90 (WM) RM21.50 (EM) *1 botol x 80 tablets



Minuman campuran ekstrak buah-buahan dan sayur-sayuran ISO.7

pakar antioksidan untuk "Lindung-Pulih" kesihatan anda!

Kebaikan ISO.7 :

-Membantu mencegah kesan penuaan awal.
-Membantu menggalakkan kesihatan kardiovaskular.
-Membantu merangsang fungsi otak dan ketajaman minda yang sihat.
-Membantu menggalakkan kesihatan penglihatan.
-Membantu mengekalkan tahap gula yang sihat di dalam darah.
-Membantu menggalakkan kesihatan saluran kencing.
-Membantu memelihara kulit yang sihat.
-Membantu meningkatkan sistem imun tubuh.
-Membantu mengekalkan fungsi sel yang sihat.
-Dapat menyumbang kepada kesihatan mulut.
-Bermanfaat terhadap fungsi penghadaman.
Price: RM238.00 (WM) RM245.00(EM) *30 sachet x 15g



Royalmix BD complex - NT 2006

Minuman berkhasiat yang lazat, berasaskan sayuran dan dirumus untuk pertumbuhan kanak-kanak, RoyalMix BD Complex mengandungi sekumpulan vitamin dan mineral penting yang membantu membina ketahanan semula jadi tubuh manusia. Ia adalah minuman serbuk berasaskan bijirin dan soya, yang mengandungi bijirin menyelerakan. Ia cepat dan mudah disediakan, memberikan pemakanan menyihatkan kepada kanak-kanak bagi menguatkan, mengaktifkan dan menyihatkan tubuh mereka. Pengambilan RoyalMix BD Complex secara tetap memberikan nutrisi penting kepada kanak-kanak termasuklah lecithin dan kalsium yang tinggi untuk mengawalaturkan, menyelenggarakan dan menguatkan kesihatan mereka serta menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan yang lebih baik. Sesuai diambil pada bila-bia masa, siang atau malam. Antara lain, RoyalMix BD Complex mengandungi lesitin soya, ekstrak kacang soya, germa gandum, madu, jeli raja, Vitamin C, Bifidus dan banyak nutrien penting lain.
Price: RM62.80 (WM) RM66.80 (EM) *30sachet x 28g



Royalmix KP complex - NT 2007

RoyalMix KP Complex untuk orang dewasa adalah minuman kacang soya berasaskan kalsium bernutrisi protein tinggi. Diformulasikan daripada kacang soya terpilih berkualiti tinggi dan aneka ramuan semula jadi penting. RoyalMix KP Complex adalah cara yang sedap lagi mudah untuk mendapatkan dos menyihatkan protein soya, frukto-oligosakarida, kalsium, fruktosa, bran beras, madu dan lesitin serta bermacam-macam nutrien lain bagi memberikan anda minuman bernutrisi istimewa yang meningkatkan kesejahteraan diri anda. RoyalMix KP Complex tidak mengandungi perisa tiruan, pengawet tiruan atau pewarna tiruan dan merupakan campuran bahan-bahan semula jadi sepenuhnya. Kandungan yang lebih tinggi kalsiumnya memberikan rangsangan yang sangat diperlukan untuk gigi dan tulang yang lebih kuat. Minuman unik ini juga memberikan rasa hebat yang menjadikannya minuman kegemaran setiap hari!
Price: RM75.20 (WM) RM79.20 (EM) *30sachet x 30g



Minuman serbuk jus daun gandum vegi-vera - NT 2010

Minuman Serbuk Jus Daun Gandum Vegi-Vera adalah minuman kesihatan yang popular. Ia adalah tambahan minuman yang lazat, berkhasiat dan menyihatkan untuk merangsang pemakanan harian anda. Jus Daun Gandum telah lama dikenalpasti mempunyai kuasa pemberi tenaga dan penyembuhan selain ia adalah pemakanan bernutrisi tinggi yang memberikan simpanan vitamin, mineral, klorofil dan enzim penting. Ia mengandungi kandungan protein yang tinggi serta asid amino penting dan tidak penting. Dikenali sebagai penyahtoksin yang hebat, Jus Daun Gandum juga mengandungi flavanoid, Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E dan mineral penting seperti besi, kalsium dan magnesium. Daun Gandum mempunyai kesan antibiotik, antioksida dan anti-keradangan. Minuman Serbuk Jus Daun Gandum Vegi-Vera tidak seperti produk Daun Gandum biasa kerana ia menawarkan nisbah kepekatan 33:1 sedangkan produk lain merupakan serbuk Daun Gandum kering dan bukannya serbuk Jus Daun Gandum yang mempunyai kualiti berkhasiat Daun Gandum sebenar. Minuman Serbuk Jus Daun Gandum Vegi-Vera mengekalkan kebanyakan daripada nilai nutrisi tingginya bagi memastikan produk berkepekatan konsisten yang memberikan perlindungan antioksida penting kepada tubuh yang membantu sel dan tisu tubuh. Nikmati minuman yang memuaskan dan penghilang dahaga ini untuk kelebihan khasiatnya!
Price: RM72.50 (WM) RM76.50 (EM) *30sachet x 8g

0 comments:

Post a Comment