Pengenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera tuan-tuan dan puan-puan.

Di sini saya ingin memperkenalkan produk-produk kami, tapi sebelum itu biar kami menceritakan latar belakang syarikat Zhulian terlebih dahulu. Zhulian Marketing (M) Sdn Bhd adalah merupakan sebuah syarikat jualan langsung yang telah bertapak di Malaysia selama 20 tahun. Ia juga tersenarai dalam Bursa Malaysia 2007 dan mempunyai lesen jualan langsung, AJL 93195. Syarikat ini telah merangkumi seluruh Asia Pasifik (Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand) dengan jaringan operasi lebih daripada 220 buah agensi dan di iktiraf dengan ISO 9001:2000 dalam quality management system. Kebanyakan barangan yang kami jual ialah produk kesihatan yang telah diakui oleh Jabatan Kementerian Kesihatan serta di jamin halal. Selain menjual barangan kemas yang sememangnya cantik lagi menyerlah apabila dipakai, tidak ketinggalan juga barangan untuk penjagaan rumah dan penjagaan diri. Di sini kami menyenaraikan beberapa produk yang sememangnya berkualiti dan terbaik untuk anda.



***picture/image thx to zhulian web***

ISO 3




CAMPURAN KOLAGEN MARIN TERHIDROLISIS DENGAN EKSTRAK BUAH-BUAHAN ISO.3 - NT2017
Menyuburkan Kulit Yang Cantik dari Dalam ke Luar!
Dengan peningkatan usia, serat kolagen kehilangan tekstur lembapannya, menjadi tidak kenyal dan seterusnya mengakibatkan pembentukan kedutan dan kehilangan kekenyalan kulit. Campuran Kolagen Marin Terhidrolisis dengan Ekstrak Buah-buahan ISO.3 membantu menstimulasikan penghasilan kolagen baru pada kulit dan memastikan metabolisme kolagen dikekalkan di tahap yang optimum. Kolagen Marin Terhidrolisis di dalam ISO.3 diperolehi daripada kulit ikan berkualiti tinggi - sumber kolagen terbaik yang diketahui. Berat molekulnya adalah antara 1000-2000, di mana ia membenarkan penyerapan yang lebih pantas ke dalam tubuh kerana ia telah dicernakan terlebih dahulu melalui proses ¡®hidrolisis¡¯.

Selain dari Kolagen Marin Terhidrolisis, formulasi unik ISO.3 juga terdiri daripada bahan botani bio-aktif yang diperkaya dengan antioksida dan fitokimia seperti Ekstrak Ceri Acelora, Ekstrak Biji Kiwi, Serbuk Mutiara, Serbuk Gel Aloe Vera, Kompleks Karotenoid dan Serbuk Buah-buahan Campuran yang bertindak sejajar dengan objektif penjanaan kecantikan dari dalam ke luar.

Sistem penyuburan kulit dari dalam ke luar CNP ISO.3

Clear / Membersih (untuk penyahtoksikan dan penyembuhan)

Kandungan berfungsi bertindak dengan membersihkan saluran darah ke kulit bagi membenarkan lebih banyak nutrien, darah dan air sampai ke lapisan kulit. Langkah ini melibatkan pemulihan dan pembersihan kulit yang menua dan menyingkirkan toksin, bintik-bintik penuaan, bintik-bintik hati dan bahan buangan daripada kulit.
Nourish / Menyubur (untuk kecantikan dan pembaharuan)

Kandungan berfungsi yang dibawa di dalam saluran darah sampai ke lapisan kulit dan menyuburkan kulit. Langkah ini melibatkan segala aktiviti penyuburan kulit seperti pembentukan sel kolagen baru (sel kulit baru) dan pencegahan penuaan kulit intrinsik.
Protect / Melindungi (untuk kesihatan kulit jangka panjang)

Kandungan berfungsi melindungi kulit daripada agen ekstrinsik yang menyebabkan kulit menua. Langkah ini melibatkan perlindungan jangka panjang kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh UV yang boleh menjurus kepada lesi kulit dan kanser kulit.Kandungan berfungsi melindungi kulit daripada agen ekstrinsik yang menyebabkan kulit menua.
Ringkasan Kebaikan CAMPURAN KOLAGEN MARIN TERHIDROLISIS DENGAN EKSTRAK BUAH-BUAHAN ISO.3:

  • Membantu merangsangkan pembentukan kolagen dan metabolisme.
  • Membantu menggalakkan pembaharuan kulit dan mengurangkan pengecutan otot.
  • Membantu menyelenggarakan kesihatan kulit dan mukus membran.
  • Membantu memperbaiki keserian dan lembapan kulit.
  • Membantu mengurangkan penampilan kedutan dan lingkaran hitam di sekeliling mata.
  • Membantu mengurangkan hiperpigmentasi kulit dan memulihkan akne.
  • Membantu meneutralkan radikal bebas.
  • Membantu menyahtoksik kulit.
  • Membantu melindungi kulit daripada radiasi ultraungu.
  • Membantu mencegah penyakit dan jangkitan kulit.
  • Membantu menyumbang kepada kesihatan menyeluruh pada tulang, gusi, rambut dan kuku.
  • Membantu meningkatkan sistem imun tubuh.
  • Kerongsang

    Serlahkan penampilan anda tanpa perlu berbelanja mahal! Koleksi kerongsang menawan yang diinspirasikan daripada keindahan dan kemewahan. Kerongsang yang mencerminkan keanggunan anda.






    Memukau lagi anggun. Pilihlah pin skarf kegemaran anda yang menawan dengan rekaan yang asli untuk membangkitkan skarf pada sebarang acara. Setiap satu rekaan pasti memukau pandangan.


    Koleksi kanak-kanak

    Koleksi kanak-kanak yang comel dan ceria! Sesuai dijadikan hadiah di hari lahir atau sebarang hari istimewa. Ceriakanlah si comel kesayangan anda dengan rantai kaki berloceng. Pasti menjadi pemberian bermakna yang menyentuh jiwa si ibu.


    Rantai Tangan

    Rekaan berani yang indah. Rantai tangan saduran emas yang anggun dengan ketelitian hebat. Rantai tangan ini tidak jemu dipandang dan akan sentiasa menjadi kebanggaan pemakainya.


    Cincin wanita






    Dispenser Wangian Udara







    Dispenser wangian udara automatik jungle fresh - HC 2005

    Dispenser Wangian Udara Automatik Jungle Fresh adalah sistem dispenser wangian udara boleh-diprogram secara automatik yang kompak bagi mewujudkan udara luar yang menyegarkan di dalam kediaman anda. Sesuai untuk kegunaan di kediaman, pejabat, kafeteria, restoran, hotel dan kelab, ia adalah sistem dispenser wangian udara automatik yang terbaik di pasaran kini. Menjimatkan, tidak perlu penyelenggaraan dan boleh dipercayai untuk operasi jangka panjang yang tidak menyusahkan, dengan jangka hayat pengoperasian dan jangka hayat bateri yang panjang - hanya memerlukan dua biji bateri No. 1 yang dapat bertahan melebihi 3 bulan atau 3,000 kali semburan! Ia adalah sistem dispenser wangian udara yang kompak dan ideal dengan teknologi peneutralan dan pewangian udara terkini. Ia menampilkan ciri-ciri istimewa termasuk lampu penunjuk kuasa LED, penetap masa semburan dan 3 fasa induksi untuk aplikasi mudah tanpa masalah dan tanpa penyelenggaraan, sama ada di rumah mahupun di tempat kerja. Ia mudah dipasangkan dan beroperasi secara automatik untuk menikmati fungsi hebat.



    Penyembur bermeter jungle fresh - citrus lemon - HC 3031

    Litupi kediaman anda dengan semerbak haruman lemon yang menyegarkan dengan pilihan citrus ini. Haruman buah yang lembut memikat, menawan dan mempesonakan.



    Penyembur bermeter jungle fresh - country fresh - HC 3032

    Pilihan tepat untuk haruman menyegarkan. Country Fresh adalah penyegar terbaru dalam rangkaian wangian udara kami. Ia mencipta mood dan kenangan sempurna yang berkekalan di minda. Haruman udara desa memberikan rasa keselesaan kediaman yang terpelihara dari gangguan dunia luar.


    Penyembur bermeter jungle fresh - woody - HC 3033

    Bebaskan dirimu di dalam aroma pilihan anda ini dan hasilnya adalah sebuah memori indah yang berkekalan. Nikmati keindahan haruman menakjubkan ini. Berikan keluarga anda sebaran bauan yang memikat hati ini.


    Penyembur bermeter jungle fresh - apple - HC 3034

    Haruman epal menyegarkan dengan aroma buah lazat. Haruman mengasyikkan ini membebaskan bau epal ranum yang mempunyai tarikan yang tidak mungkin akan dilupakan. Sesungguhnya ia adalah haruman yang menarik lagi mempesonakan. Hayatilah kelazatan haruman ini.



    Pewangi yang sesuai buat kereta dan bilik!

    Adakah kereta atau bilik anda berbau busuk? Tidak perlu risau lagi! Kekalkan haruman yang segar dan wangi di dalam kereta dan bilik dengan Pewangi Semburan Jungle Fresh untuk Kereta dan Bilik. Pewangi Semburan Jungle Fresh untuk Kereta dan Bilik menyediakan 3 pilihan yang menyegarkan untuk mewangikan udara di dalam kereta dan bilik dengan haruman - Passion, Sensual dan Relaxant. Biarkan wangian yang menyerlah ini merangsangkan deria anda serta menenangkan mood anda. Pewangi Semburan Jungle Fresh untuk Kereta dan Bilik tahan lama dan berkesan menakjubkan bagi menghasilkan suasana yang menenangkan lagi menyegarkan. Cubalah untuk mengetahui keberkesanannya!



    Pewangi semburan jungle fresh untuk kereta dan bilik - passion - HC 3035

    Disyorkan untuk menerbitkan mood romantik. Direka bagi menimbulkan keghairahan terhadap kenikmatan hidup. Haruman menyegarkan bagi membangkitkan semangat serta merangsang kepekaan dirimu.


    Pewangi semburan jungle fresh untuk kereta dan bilik - sensual - HC 3036

    Bangkitkan suasana di dalam kereta atau pun bilik dengan haruman sensasi yang dapat menenangkan perasaanmu dengan keselesaan. Haruman sensual yang memberikan anda rasa hebat bersemangat.



    Pewangi semburan jungle fresh untuk kereta dan bilik - relaxant - HC 3037

    Berehat pada bila-bila masa! Tiada pilihan yang sehebat haruman menenangkan ini yang membisikkan ketenangan ke dalam dirimu. Hayati haruman mengasyikkan ini yang sungguh luar biasa kenikmatannya.





    Order Form

    Untuk membuat tempahan sila klik kanan dan pilih "open link in new tab" pada link di bawah ini:
    Order Form

    Wanisa




    Tuala wanita wanisa NK 5701 ~ perlindungan terbaik bagi setiap wanita pada hari-hari tertentu, setiap bulan

    Rangkaian produk TUALA WANITA WANISA adalah penemuan revolutioner yang memenuhi segala keperluan anda, sama ada semasa kedatangan haid mahupun hari-hari di antaranya. Dengan 6 lapisan perlindungan berkualiti hebat, ia membantu anda mengawal keadaan walaupun pada hari-hari dengan aliran yang merunsingkan. Potongannya direka agar terletak kemas mengikut bentuk tubuh anda serta memberikan perlindungan anti-kebocoran yang hebat. Ciri serap terus uniknya dengan lapisan penyerap pelbagai merupakan 'penyelamat' di hari-hari aliran yang tenat. Kedua-dua sayap berpelekatnya (Siang & Malam sahaja) dan pita pelekat yang kuat akan melekap mengikut lentur seluar dalam anda dan menetapkan TUALA WANITA WANISA pada kedudukannya.




    Dengan jalur bio-perlindungan multi-tindakan termaju!

    Lebih daripada itu, Jalur Bio-Perlindungan Multi-Tindakannya memberikan lebih banyak kebaikan untuk perlindungan dan penjagaan yang secukupnya. Jalur Bio-Perlindungan Multi-Tindakan ini diliputi serbuk Bioseramik termaju untuk memancarkan sinar inframerah jauh (FIR) dan ion negatif untuk kebaikan peningkat kesihatan. Jalur unik ini juga ditatahi agen anti-bakteria nano perak yang berkesan merencatkan pertumbuhan mikrob bagi menghalang jangkitan, keradangan, kegatalan dan bau busuk yang dikaitan dengan tempoh haid.



    Dengan tiga jenis bungkusan - siang, malam dan pelapik!

    Rangkaian TUALA WANITA WANISA didatangkan dalam 3 bungkusan mudah untuk menolong anda menghadapi hari-hari aliran haid anda: "Siang" untuk hari aliran biasa; "Malam" untuk hari aliran tenat atau untuk kegunaan di waktu malam dan "Pelapik" untuk hari aliran ringan atau untuk kegunaan harian. Rasai kesegaran dan keselesaan yang unggul, dapatkan perlindungan kebersihan maksimum dan bebaskan diri anda dari gangguan bulanan! Bertukarlah kepada seorang wanita yang yakin dan percaya-diri! Jadilah wanita berkuasa!

    Ciri-ciri unik tuala wanita wanisa:-

  • Jalur Bio-Perlindungan Multi-Tindakan merangsang kesihatan dengan fungsi 4-dalam-1:

  • Fungsi Sinar Inframerah Jauh (FIR)

  • membantu menstimulasikan tisu, meningkatkan metabolisme, pengaliran darah serta mengetatkan otot.
  • Fungsi Ion Negatif

  • membantu meningkatkan sistem imun tubuh anda dan melaraskan hormon ke tahap normal
  • Fungsi Anti-bakteria

  • merencatkan pertumbuhan mikroorganisma sekitar kawasan faraj
  • Fungsi Penyahbauan

  • menyingkirkan bau busuk daripada bakteria penyebab bau



  • Kombinasi handalan lapisan berkualiti tinggi yang melindungi, memelihara dan menyelesakan.


  • Bentuk yang direka istimewa bagi membekalkan perlindungan maksimum dan melekat elok pada seluar dalam.


  • Tiga lapisan penyerap berkuasa hebat yang terdiri daripada 2 lapisan penyerap berliang dari bahan semula jadi yang menyokong penyebaran cecair dan memberikan keselesaan tambahan terhadap struktur ergonomi tuala wanita ini.


  • Sayap pelindung yang lebar pada kedua-dua sisi dikonturkan mengikut bentuk tubuh wanita untuk mencegah kebocoran tepi. Pelekat di bawah sayap membantu memastikan tuala wanita kemas di kedudukannya.


  • Sempadan pelindung anti-kebocoran yang menyeluruh melambatkan penghantaran cecair dari ruangan tengah ke sisi teras, dengan ini meminimumkan kejadian kebocoran dari setiap sisi tuala wanita.


  • Pita pelekat yang kuat bagi mencegah peralihan tuala wanita dan melawan daya gerakan yang dikenakan kepada tuala wanita.